berdasarkan hasi" /> berdasarkan hasi">
 
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak...Kini anda boleh menonton tv secara online secara percuma...Kami Masih dalam proses pembinaan dan penyelidikkan.... Sebarang cadangan amat dialu-alukan..harap sudilah memberi sokongan pada kami untuk terus memberikan khidmat terbaik untuk anda.... 

     
 

 

 
 


 

 
     
     
     
     

 

 

News Search
 

'Bunohan' Tercalon Dalam Anugerah Oscar

 2 years ago


berdasarkan hasil kutipan karya arahan Dain Said ni sepanjang menerjah pawagam seluruh Malaysia pada Mac lalu, boleh dikatakan sebilangan besar penonton Malaysia agak susah untuk menerima pendekatan yang dibawah dalam filem aksi ini. Rumit dan boleh jadi ia agak drastik. Filem ini tidak gagal cuma hasil kutipan kurang memberansangkan.

Tapi tak mengapa kerana kalau orang kita susah nak suka, sekurang-kurangnya filem yang diterajui Faizal Hussein, Pekin Ibrahim dan Zahiril Adzim ini, berjaya mencipta kejayaan tersendiri. 

Tahniah kepada seluruh produksi Bunohan kerana telah tersenarai dalam pencalonan awal untuk kategori Best Foreign Language Film dalam Academy Awards ke-85 yang akan berlangsung tahun hadapan.

Bunohan tersenarai bersama 70 buah filem lain dari pelbagai negara seluruh dunia untuk merebut anugerah berprestij tersebut Februari nanti.

Sementara itu negara jiran, Indonesia menghantar Sang Penari (The Dancer) yang diarahkan oleh Ifa Isfansyah yang juga memegang gelaran filem terbaik di Festival Filem Indonesia 2011 yang lalu.

Semestinya kami dan rakyat Malaysia mengharapkan yang terbaik untuk Bunohan di anugerah Oscar tahun hadapan. Berikut senarai penuh di laman rasmi Oscar.

..

 

- mD


Post By : aaam76
 
Anda mungkin juga meminati: